TESTIMONI PRODUK

Antara testimoni pelanggan-pelanggan dan ahli-ahli di VeMMA. Jikalau anda berminat untuk berkongsi testimoni anda sila emailkan dan sertakan gambar anda dan dokumen yang menyokong testimoni anda. Emailkan ke alamat : admin@smartsuccessline.com

DATO’ HABIBAH ZON
Bekas Ketua Pengarah Arkib Negara

Saya mengalami sakit tulang belakang iaitu ‘prolapsed disc’ di Lumber 3 dan 4 sejak saya berumur 8 tahun lagi. Saya jatuh dari basikal dan selama 3 bulan saya tidak boleh berjalan. Onyang saya telah urut badan saya sehingga saya boleh berjalan.


Saya juga mengalami
darah tinggi ketika umur saya awal 40 an. Saya terpaksa makan ubat darah tinggi setiap hari. Dari darah tinggi, saya pula dikesan ada sakit jantung. Mungkin kerana tekanan kerja, stress dan tension menjadi seorang Ketua. Dato Dr Robaayah pakar jantung di Institut Jantung Negara telah membuat angiogram dan 2 arteri saya telah dikesan tersumbat, tetapi tidak mudarat. Saya diberi ubat untuk dimakan setiap hari. Hidup saya normal, sehingga saya berumur 46 tahun apabila pinggang saya mula sakit, tidak boleh angkat barang berat, tidak boleh membongkok dan yang paling menakutkan kaki saya bertambah lemah. Saya boleh berjalan setakat 10 minit sahaja. Sekiranya saya tidak duduk, kaki saya akan terus ‘crumpled’ atau lemah menyebabkan saya boleh terus jatuh dan tidak boleh berjalan lagi. Doktor pakar tulang dari Hospital Besar Kuala Lumpur, Dato Dr Borhan Tan menyatakan kalau dibuat pembedahan untuk membetulkan disc, mungkin saya akan terus paralyse –lemah kaki. Dengan itu saya diberi ubat tahan sakit dan terpaksa pergi ke Hospital 2 kali seminggu untuk fisioterapi. Inilah keadaan hidup saya hingga tahun 2009.

Saya menyertai VeMMA pada awal 2009 secara tidak sengaja melalui internet. Saya boring selepas berpencen sebagai Ketua Pengarah Arkib Negara tahun 2003 dan jadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada akhir tahun 2008. Tapi saya tak tahu apa itu VeMMA. Jus Manggis VeMMA, orang kata berkhasiat, jadi saya pun minum sejak bulan April tahun 2009.

Kini, syukur kepada Tuhan, pinggang saya tidak sakit lagi. Saya boleh berjalan keliling padang kanak-kanak dekat rumah saya, lebih 40 minit setiap pagi tanpa kaki saya ‘crumple’ / lemah. Saya tidak lagi pergi fisioterapi.Bulan Disember tahun 2009, Dato Dr Robaayah telah membuat angiogram sekali lagi dan syukur pada tuhan, katanya jantung saya elok dan tidak ada kesan tersumbat lagi.Darah Tinggi saya dah stabil. Dari kiraan 150/90, kini telah stabil kepada 120/75. Ubat yang saya makan setiap pagi 18 biji, kini saya perlu makan 12 biji sahaja. Dengan kuasa Allah melalui jus Manggis VeMMA. Kini saya lebih sihat.

NOOR AZIMAH MD NOR
Guru

Saya mengalami asma ketika berumur 15 tahun. Saya sentiasa bergantung  kepada ubat dari klinik atau hospital sentiasa dan sentiasa bawa ubat ke mana sahaja saya pergi. Selepas mencuba Jus Manggis Vemma selama sebulan, saya dapat merasakan perubahan yang sangat ketara. Alhamdulillah tahap kesihatan saya semakin baik dan setelah 4 bulan menggunakan produk ini, penyakit asma tidak lagi berlaku. Suami dan anak saya turut menggunakan produk ini untuk kesihatan selain rasanya yang enak. Paling menggembirakan, saya turut menjana pendapatan sampingan daripada sistemnya yang sangat luar biasa hebat!


  • Share/Bookmark